Thursday 31 December 2015

MAJLIS AMAL BELLESSA - SCHOOL OF HOPE, PULAU MABUL

Buat pertama kalinya, Bellessa Premium Collagen telah menganjurkan majlis amal di School of Hope, Pulau Mabul, Sabah pada 26 Oktober 2015.

School of Hope, Mabul telah di tubuh oleh En. Stanley Sie sejak 2011. Beliau merupakan seorang yang amat menitik beratkan pembelajaran kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Mabul terutamanya dari aspek kebajikan walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana kerajaan. Sekolah ini mendapat dana dari sumbangan pelancong dan penduduk Pulau Mabul. Setelah beliau menubuhkan sekolah tersebut, banyak sumbangan dari NGO seperti WWF Semporna, Hope Malaysia dan Muslim Aids Malaysia.

Puan Azlin dengan gaya bersahaja ketika sesi
bergambar di dasar laut.
Sekolah ini ditubuhkan khas untuk kanak-kanak yang kebanyakan mereka tidak mempunyai kewarganegaraan kerana menjadi pelarian perang di selatan Filipina sejak dari tahun awal 1970-an. Sekolah ini juga di terajui oleh Cikgu Ali. Beliau memikul tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik anak-anak murid untuk menjadi insan yang berguna. Untuk makluman, sekolah ini beroperasi setiap hari dari jam 9 malam hingga 11 malam. Buat masa kini, jumlah murid di sekolah ini adalah sebanyak 120 orang dari pelbagai peringkat umur.



Pengasas Bellessa Premium Collagen, Azlin Hilda
memberikan sumbangan kepada salah seorang
pelajar School of Hope, Mabul
Oleh yang demikian, Team Bellessa Premium Collagen dengan usahasama GDM (Geng Divers Makan) dan Seahorse Sipadan Scuba Lodge telah bersepakat untuk mengumpul dana dan keperluan untuk sekolah berkenaan.

Antara keperluan yang diberikan adalah:
* Buku-buku asas pembelajaran iaitu buku latihan, buku tulis dan buku mewarna.
* Barang keperluan sekolah seperti alat tulis, pensel warna, ink printer.
* Alat mainan seperti bola dan catur



Disamping pemberian barang-barang keperluan untuk sekolah berkenaan, Team Bellessa Premium Collagen juga menganjurkan makan malam dan beramah mesra secara santai bersama kanak-kanak disekolah berkenaan.

Program Charity School of Hope Mabul anjuran Bellessa Premium Collagen
dengan Kerjasama GDM (Geng Divers Makan) dan Seahorse Sipadan Scuba Lodge.

No comments:

Post a Comment