Friday 3 February 2017

PEMBIKINAN KLIP VIDEO VIRAL MIRA FILZAH & COCO


Pada penghujung Januari yang lepas, Puan Azlin Hilda bersama team Bellessa telah berkampung di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur bagi menjalani pembikinan klip video viral bersama co-founder Miracle Flawless Foundation iaitu Mira Filzah. Apa yang menjadi kejutan adalah beliau digandingkan dengan King Coco, wanita yang popular di kalangan pengguna media sosial melalui video viralnya.

Koleksi video viral yang dihasilkannya setakat ini telah ditonton oleh ratusan ribu netizen di laman Youtube dan di akaun Instagram miliknya. Keunikan Coco, seorang gadis Melayu tetapi bertutur dengan pelat 'minah saleh', menyumbang kepada popularitinya itu, seterusnya menghasilkan lebih 335 ribu pengikut di laman Instagramnya. 


Mira Filzah bersama King Coco di lokasi penggambaran.
Sesi penggambaran  ini adalah bertujuan menghasilkan video viral yang menggandingkan Mira Filzah dengan King Coco. Ia berkemungkinan berkisar tentang 'Foun-die-tion" yang sering disebut oleh King Coco dalam video viralnya sebelum ini.

Umum mengetahui, Mira Filzah adalah pelakon dan pengacara cantik yang mempunyai imej sopan dan ketimuran, tetapi gandingan beliau dengan King Coco tetap mantap dan menyenangkan tanpa elemen yang bakal mengundang sebarang kontroversi di kalangan peminatnya. 



Perbincangan Puan Azlin dengan King Coco perihal skrip & lakonan.

Video viral yang belum diketahui judulnya ini dijangkakan akan berjaya melonjakkan populariti produk Miracle Flawless Foundation by Bellessa di kalangan pengikut dan peminat Mira Filzah dan juga King Coco. Terdapat juga peraduan yang akan disertakan bersama video viral ini, sebagai penghargaan istimewa untuk semua pengguna produk hangat di pasaran ini. 

Penerbitan video viral ini menjadi bukti bahawa Team Bellessa amat komited dalam membantu para stokis dan ejen Miracle Flawless Foundation by Bellessa memasarkan produk mereka seterusnya bersama-sama menjana pendapatan lumayan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Team Bellessa melalui panggilan telefon atau Whatsapp di talian 012-6158664 dan email hello.ahrglobalbeauty@gmail.com.
Mesra dan ceria. (Dari kiri:) King Coco, Puan Azlin dan Mira Filzah.

Para pembaca pasti ternanti-nanti akan kemunculan video viral gandingan Mira dan King Coco ini. Bersabarlah ya. Saksikan dahulu trailer bagi video tersebut yang kami kongsikan di bawah ini.