Thursday 26 January 2017

PENGGAMBARAN KLIP VIDEO MIRA FILZAH DI BALI TERBITAN BELLESSA


Baru-baru ini Puan Hazlin Hilda & Encik Akram Ghazali berlepas ke Bali, Indonesia bagi menjalani penggambaran klip video atau drama digital bersama pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah, yang juga co-founder Miracle Flawless Foundation.

Sesi penggambaran  ini adalah bertujuan menghasilkan episod ke-2 bagi klip video yang menggandingkan Mira Filzah dengan Randy Pangalila. Umum mengetahui, Randy adalah aktor, penyanyi dan model tampan yang mempunyai ramai peminat di negara-negara Nusantara seperti Indonesia, Brunei, Singapura termasuk Malaysia. 



Mira Filzah di lokasi penggambaran di Bali.
Penghujung tahun 2016 yang lalu,  menyaksikan penggambaran episod pengenalan klip video tersebut yang berjudul "Katakan, 3 jam saja". 

Sesi itu telah berlangsung di beberapa lokasi di Malaysia termasuk ibukota Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang. 

Klip video berdurasi 8 minit itu telah mendapat sambutan hangat daripada peminat kedua-dua selebriti berbakat tersebut dan telah mencapai tontonan lebih 60,000 di laman Youtube.

Aksi Mira Filzah dan Randy Pangalila dalam episod 2.
Dikhabarkan, klip video episod ke-2 arahan pengarah berkarisma, Turpin Sihombin ini akan menemui peminat secara digital pada Februari ini. 

Judul "Ada apa dengan 3 jam" mungkin akan dipilih untuk episod yang bertemakan keindahan dan kedamaian alam semulajadi di Bali ini.
Kecantikan Bali sememangnya terkenal di serata dunia, maka tidak hairanlah ianya menjadi lokasi penggambaran klip video Mirandy.

Sememangnya, klip video ini dijangkakan akan berjaya mempromosikan produk-produk terbaru Bellessa di kalangan peminat kedua-dua aktor tersebut dengan lebih meluas dan berkesan. 

Jadi para pembaca yang ingin mengambil peluang menjana pendapatan lumayan bersama selebriti-selebriti popular tanah air dan negara jiran, sila berhubung dengan Team Bellessa melalui panggilan telefon atau Whatsapp di talian 012-6158664 dan email hello.ahrglobalbeauty@gmail.com.
Barisan pelakon dan krew bersama Puan Azlin & Encik Akram Ghazali semasa di Bali.
Jika para pembaca masih belum menonton aksi hebat Mira dan Randy dalam klip video episod pertama, saksikan pautan video yang kami kongsikan ini. Penonton akan diperlihatkan dua produk dari Bellessa yang masing-masing di peragakan oleh dua selebriti yang melakonkannya. 



Thursday 19 January 2017

Product Review : Miracle Flawless Foundation by Bellessa

Setelah ribuan unit Miracle Flawless Foundation by Bellessa telah menjadi milik para wanita di Malaysia, kini telah tiba masanya untuk meninjau pendapat dan testimoni daripada mereka. Rata-rata daripada mereka sangat berpuas hati dengan teksturnya yang lembut dan kesannya pada kulit para wanita yang aktif menjalani kerja-kerja seharian.

Disamping itu, Team Miracle Flawless juga berbangga kerana berjaya menjadi penaja utama untuk Bengkel Solekan bersama Kasih Cicie Volume 10 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang pada 14 Januari 2017. Bengkel tersebut mendapat sambutan yang hebat daripada para pemilik pusat dandanan  dan juga peminat produk make-up terkemuka.

Solekan daripada Kasih Cicie menggunakan Miracle Flawless Foundation.
Untuk pengetahuan para pembaca, Kasih Cicie adalah make-up artist terkenal yang bernaung di bawah sebuah syarikat penerbitan ternama. Hasil solekannya pernah diperagakan oleh selebriti terkenal di Malaysia seperti Amy Search, Rozita Che Wan, Sharnaz Ahmad, Sharifah Shahira, Aida Aris dan ramai lagi dalam sesi penggambaran atau sesi rakaman.


Produk terbaru daripada Bellessa ini juga mendapat pelbagai respon positif daripada para hadirin di bengkel solekan tersebut. Mereka berpeluang untuk merasai sendiri kehalusan teksturnya dan sebahagian daripada mereka mengakui terdapat aroma keharuman pada produk ini.



Kasih Cicie di Bengkel Solekan kelolaannya tajaan MF Foundation.
Team MF juga melaporkan lebih 3 ratus wanita di Malaysia, Singapura dan Brunei berminat untuk menjadi stokis atau ejen produk terhangat di pasaran ini dalam masa seminggu sahaja sejak promosi dilakukan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. 

Dijangkakan, lebih ramai lagi para peminat Miracle Flawless akan teruja menjadi stokis atau ejen dengan adanya promosi besar-besaran oleh Mira Filzah sendiri di laman sosial menerusi video, testimoni dan pelbagai lagi strategi pemasaran.


Team MF sangat komited untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan para wanita yang berminat untuk menjana pendapatan lumayan dengan modal rendah melalui produk hangat ini. Team MF boleh dihubungi menerusi panggilan telefon atau applikasi Whatsapp di talian 0126158664 dan email hello.ahrglobalbeauty@gmail.com.


Antara testimoni daripada ribuan pengguna MF Foundation yang berpuas hati dengan kualitinya.

Sebagai pengakhir bicara, kami bawakan sekali lagi ringkasan Majlis Pelancaran Miracle Flawless Foundation by Bellessa. Anda dapat saksikan sendiri bagaimana Mira Filzah beraksi di hadapan kamera di saluran TV Al Hijrah dalam segmen Assalamualaikum tersebut. Saksikan pautan video di bawah. 




Friday 13 January 2017


MAJLIS PELANCARAN MIRACLE FLAWLESS FOUNDATION MIRA FILZAH BY BELLESSA 
Majlis yang gilang gemilang itu telah berlangsung di PWTC sempena Karnival Jualan Akhir Tahun Mood Republik pada 23 hingga 25 Disember 2016.

Majlis pelancaran produk itu telah dimulakan dengan siaran langsung wawancara TV AlHijrah dalam segmen Assalamualaikum pada jam 8 pagi bersama ikon produk, pelakon yang namanya sedang meniti di bibir peminat, Mira Filzah. Majlis lebih diceriakan dengan kehadiran pelakon dan penyanyi terkenal dari Indonesia, Randy Pangalila yang turut diwawancara dalam segmen live itu.




Mira Filzah memperkenalkan Miracle Flawless di saluran 114 TV Al Hijrah.
Produk terbaru daripada Bellessa ini terdapat dalam dua warna iaitu White Pink dan Natural. Bagi wanita yang berkulit cerah seperti Mira Filzah, sesuai menggunakan White Pink manakala wanita yang mempunyai tona kulit yang sawo matang, boleh menggunakan Natural untuk hasil yang ketara.







Untuk liputan penuh lebih semula jadi yang sempurna, "Swirl Circles" dalam bedak asas dan kemudian tap pada kulit anda dengan gerakan bulatan untuk kesan yang memuaskan.  



Puan Azlin bersama Mira Filzah di majlis pelancaran Miracle Flawless di PWTC.
Sehingga hari ini, Team Bellessa masih menerima permohonan dari ramai peminat Mira Filzah untuk menjadi sebahagian daripada stokis dan ejen Miracle Flawless Foundation ini.


Istimewa bagi pengguna rangkaian produk Bellessa dan peminat Mira Filzah yang ingin menjana pendapatan lumayan dengan modal serendah RM500, sila berhubung dengan Team Bellessa melalui panggilan telefon atau Whatsapp di talian 012-6158664 dan email hello.ahrglobalbeauty@gmail.com.
Miracle Flawless Foundation by Bellessa.