Thursday 31 December 2015

MAJLIS AMAL BELLESSA - SCHOOL OF HOPE, PULAU MABUL

Buat pertama kalinya, Bellessa Premium Collagen telah menganjurkan majlis amal di School of Hope, Pulau Mabul, Sabah pada 26 Oktober 2015.

School of Hope, Mabul telah di tubuh oleh En. Stanley Sie sejak 2011. Beliau merupakan seorang yang amat menitik beratkan pembelajaran kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Mabul terutamanya dari aspek kebajikan walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana kerajaan. Sekolah ini mendapat dana dari sumbangan pelancong dan penduduk Pulau Mabul. Setelah beliau menubuhkan sekolah tersebut, banyak sumbangan dari NGO seperti WWF Semporna, Hope Malaysia dan Muslim Aids Malaysia.

Puan Azlin dengan gaya bersahaja ketika sesi
bergambar di dasar laut.
Sekolah ini ditubuhkan khas untuk kanak-kanak yang kebanyakan mereka tidak mempunyai kewarganegaraan kerana menjadi pelarian perang di selatan Filipina sejak dari tahun awal 1970-an. Sekolah ini juga di terajui oleh Cikgu Ali. Beliau memikul tanggungjawab untuk mengajar dan mendidik anak-anak murid untuk menjadi insan yang berguna. Untuk makluman, sekolah ini beroperasi setiap hari dari jam 9 malam hingga 11 malam. Buat masa kini, jumlah murid di sekolah ini adalah sebanyak 120 orang dari pelbagai peringkat umur.



Pengasas Bellessa Premium Collagen, Azlin Hilda
memberikan sumbangan kepada salah seorang
pelajar School of Hope, Mabul
Oleh yang demikian, Team Bellessa Premium Collagen dengan usahasama GDM (Geng Divers Makan) dan Seahorse Sipadan Scuba Lodge telah bersepakat untuk mengumpul dana dan keperluan untuk sekolah berkenaan.

Antara keperluan yang diberikan adalah:
* Buku-buku asas pembelajaran iaitu buku latihan, buku tulis dan buku mewarna.
* Barang keperluan sekolah seperti alat tulis, pensel warna, ink printer.
* Alat mainan seperti bola dan catur



Disamping pemberian barang-barang keperluan untuk sekolah berkenaan, Team Bellessa Premium Collagen juga menganjurkan makan malam dan beramah mesra secara santai bersama kanak-kanak disekolah berkenaan.

Program Charity School of Hope Mabul anjuran Bellessa Premium Collagen
dengan Kerjasama GDM (Geng Divers Makan) dan Seahorse Sipadan Scuba Lodge.

Tuesday 15 December 2015

MENGENAI BELLESA PREMIUM COLLAGEN

Kolagen adalah merupakan satu protein, bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur. Faktor utama, pastinya gaya hidup yang kita jalani.

Memperkenalkan BELLESSA PREMIUM COLLAGEN, produk Kolagen 2 dalam 1, yang PERTAMA DI MALAYSIA!

Pembeli sekarang rata-rata sangat bijak. Jika boleh, mereka mahukan sesuatu yang ekstra dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Maka dengan itu, terlahirlah idea untuk menghasilkan produk kolagen yang mempunyai fungsi 2 dalam 1. Selain boleh di makan atau diminum, produk #BellessaPremiumCollagen ini juga boleh dijadikan masker untuk kecantikkan wajah.

Iya! Masker! Menarik bukan? Campurkan sedikit sahaja air, kacau hingga sebati dan boleh terus sapu ke wajah. Tunggu selama 20 minit dan dah boleh bersihkan. Mudah bukan?

Jika ingin menyebut mengenai bahan-bahan yang digunakan, pasti kita memerlukan satu sessi kuliah khas (berseloroh). Saya sempat juga membuat kajian mengenai bahan-bahan yang digunakan. Alhamdulillah. Semuanya selamat dan semulajadi. Antara bahan terkandung ialah seperti Collagen Peptide, Bearberry, Mulberry, Aloe Vera, Pine Bark dan juga Abscorbic Acid.


“BEAUTY, INSIDE & OUT”, tagline kami yang semestinya mengutamakan 
kecantikan dan kesihatan dari seluruh aspek. 

Antara kelebihan dan kebaikan BELLESA PREMIUM COLLAGEN adalah:

1)    Sesuai untuk lelaki dan perempuan
2)    Menegangkan kulit seawall 1 hari penggunaan
3)    Kesan dirasai seawal 3 hari
4)    Menggunakan gabungan antioksidan terhebat di dunia
5)    Kandungan terbaik untuk awet muda
6)    Memutihkan seluruh badan
7)    Mencegah dan merawat jerawat
8)    Kulit wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK atau RAWATAN LASER
9)    Menyekatakan TONA kulit
10) Parut muka pudar dan hilang dalam masa seminggu
11) Mengecilkan dan mengetatkan liang roma
12) Mampu merawat Eczema
13) Agen untuk kedutan dan kekenduran pada kulit
14) Alternative kepada suntikan Vitamin C dan Glutathione
15) Menghilangkan tompok Hitam dan parut
16) Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
17) Mencegah kerosakan KOLAGEN
18) Meningkatkan sistem imunisasi
19) Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
20) Melindungi kulit daripada sinaran UV
21) Menyembuhkan luka dan mencegah parut
22) Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
23) Membantu menyahtoksik pencemaran di dalam tubuh, melancarkan pelawasan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah
24) Sesuai diambil oleh ibu berpantang dan menyusu

Halal? Jangan risau. Itu sudah semestinya priority kami yang utama!

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari bahan makanan kesihatan tambahan dan menginginkan kulit yang cantik, gebu serta kesihatan dalaman dan luaran, BELLESSA PREMIUM COLLAGEN adalah jawapan yang terbaik! 

BELLESSA PREMIUM COLLAGEN TEMBUSI PASARAN SINGAPURA

DUTA “BELLESA PREMIUM COLLAGEN”, UNGKU ISMAIL AZIZ DI SAMBUT MERIAH DI SINGAPURA


Atas permintaan peminat yang rata-ratanya mahu mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat, baru-baru ini, pelakon, model dan juga duta Bellessa Premium Collagen, Ungku Ismail Aziz telah pun menjejakkan kaki ke Kota Singa.

Kunjungan kali kedua UIA ke Singapura boleh disifatkan sebagai satu usaha dalam membalas serta menghargai peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan kepada karier seni beliau di samping mempromosikan Bellessa Premium Collagen, produk kecantikkan dan kesihatan dua dalam satu, yang didukung oleh UIA.

Sengaja mahu menjadikan majlis lepak santai ini lebih mesra, UIA memilih lokasi tertutup dengan jumlah kehadiran yang terhad. Bagi beliau, inilah masa yang terbaik untuk beliau mengenali tulang belakang kejayaannya dengan lebih dekat lagi. Berlangsung sekitar 4 jam, majlis diwarnai dengan pelbagai aktiviti ringkas yang dapat mengeratkan lagi kemesraan di antara UIA dan peminatnya. Kesempatan yang ada turut diambil oleh UIA untuk bertemu bersama stokis Bellesa Premium Collagen.

Majlis Bellessa Premium Collagen dan Ungku Ismail Aziz bersama stokis serta peminat di Singapura

Selain beramah mesra, majlis lepak santai yang dianjurkan oleh Hasrida Arif, selaku stokis premium Bellessa Premium Collagen ini juga telah bersepakat untuk menjadikannya sesuatu yang lebih istimewa. Mereka beramai-ramai telah membuat kejutan dengan menyambut hari kelahiran UIA 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenarnya. Untuk pengetahuan, tarikh hari kelahiran UIA ialah pada 26 Disember setiap tahun.

Bercakap kepada para jemputan media, UIA sangat terharu dengan sokongan yang diterima oleh semua pihak, termasuklah mereka di Singapura. UIA tidak pernah menjangkakan nama dan bakatnya kita, sudah mula meniti di bibir-bibir peminat di sini.

Diaju tentang peranan beliau dalam menjadi duta, bagi UIA, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selain perlu menyakinkan orang ramai akan keberkesanan produk tersebut, seseorang duta itu juga perlu memiliki keperibadian yang disenangi oleh orang ramai. UIA bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan mereka yang berdedikasi di sebalik pasukan Bellessa Premium Collagen.

“Mahu kembali ke Singapura”. Itu janji UIA usai majlis lepak santai.