Tuesday 15 December 2015

BELLESSA PREMIUM COLLAGEN TEMBUSI PASARAN SINGAPURA

DUTA “BELLESA PREMIUM COLLAGEN”, UNGKU ISMAIL AZIZ DI SAMBUT MERIAH DI SINGAPURA


Atas permintaan peminat yang rata-ratanya mahu mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat, baru-baru ini, pelakon, model dan juga duta Bellessa Premium Collagen, Ungku Ismail Aziz telah pun menjejakkan kaki ke Kota Singa.

Kunjungan kali kedua UIA ke Singapura boleh disifatkan sebagai satu usaha dalam membalas serta menghargai peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan kepada karier seni beliau di samping mempromosikan Bellessa Premium Collagen, produk kecantikkan dan kesihatan dua dalam satu, yang didukung oleh UIA.

Sengaja mahu menjadikan majlis lepak santai ini lebih mesra, UIA memilih lokasi tertutup dengan jumlah kehadiran yang terhad. Bagi beliau, inilah masa yang terbaik untuk beliau mengenali tulang belakang kejayaannya dengan lebih dekat lagi. Berlangsung sekitar 4 jam, majlis diwarnai dengan pelbagai aktiviti ringkas yang dapat mengeratkan lagi kemesraan di antara UIA dan peminatnya. Kesempatan yang ada turut diambil oleh UIA untuk bertemu bersama stokis Bellesa Premium Collagen.

Majlis Bellessa Premium Collagen dan Ungku Ismail Aziz bersama stokis serta peminat di Singapura

Selain beramah mesra, majlis lepak santai yang dianjurkan oleh Hasrida Arif, selaku stokis premium Bellessa Premium Collagen ini juga telah bersepakat untuk menjadikannya sesuatu yang lebih istimewa. Mereka beramai-ramai telah membuat kejutan dengan menyambut hari kelahiran UIA 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenarnya. Untuk pengetahuan, tarikh hari kelahiran UIA ialah pada 26 Disember setiap tahun.

Bercakap kepada para jemputan media, UIA sangat terharu dengan sokongan yang diterima oleh semua pihak, termasuklah mereka di Singapura. UIA tidak pernah menjangkakan nama dan bakatnya kita, sudah mula meniti di bibir-bibir peminat di sini.

Diaju tentang peranan beliau dalam menjadi duta, bagi UIA, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selain perlu menyakinkan orang ramai akan keberkesanan produk tersebut, seseorang duta itu juga perlu memiliki keperibadian yang disenangi oleh orang ramai. UIA bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan mereka yang berdedikasi di sebalik pasukan Bellessa Premium Collagen.

“Mahu kembali ke Singapura”. Itu janji UIA usai majlis lepak santai.

1 comment:

  1. Play'n GO Casino Secret £1000 Welcome Bonus - CasinoFib
    No 바카라 deposit casino bonus codes, no deposit bonus codes the casinos do have to do 제왕카지노 with what the customer has done to keep its players' カジノ シークレット

    ReplyDelete