Thursday, 5 November 2015

UNGKU ISMAIL AZIZ DUTA BELLESSA PREMIUM COLLAGEN

UNGKU ISMAIL AZIZ DUTA BELLESSA PREMIUM COLLAGEN 
PRODUK KOLAGEN 2 DALAM 1 PERTAMA DI MALAYSIA.


Pada tanggal 13 Oktober yang lalu, bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, telah berlangsungnya satu majlis pelancaran produk kolagen Bellessa Premium Collagen. Di majlis yang sama, pelakon terkenal tanah air, Ungku Ismail Aziz, 30 tahun, turut diperkenalkan secara rasminya sebagai duta Bellessa Premium Collagen.

Menurut pengasas Bellessa Premium Collagen, Puan Annur Najwa Azizan & Puan Azlin Hilda Hj Abdul Latif, pemilihan Ungku Ismail Aziz (UIA) sebagai duta Bellessa Premium Collagen dikatakan amat bertepatan memandangkan pelakon ini mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi “suara” kepada Bellessa Premium Collagen. Selain mempunyai keperibadian yang mudah didekati dan disenangi, pemilihan UIA juga dilakukan atas faktor latar belakang pendidikan UIA. Mereka percaya, duta merupakan pendukung imej dan penentu hala tuju kejayaan sesebuah produk.

Saat diajukan soalan oleh rakan media, UIA ternyata begitu teruja dengan penglibatannya sebagai duta Bellessa Premium Collagen. Katanya, peluang yang diberikan oleh pihak Bellessa Premium Collagen merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar dan perlu digalas dengan baik.

Tidak mahu menjadi klise dan hanya sekadar menjadi duta, UIA mengambil inisiatif untuk mencuba produk Bellessa Premium Collagen terlebih dahulu sebelum bersetuju menjadi duta. Puas hati dan yakin dengan perubahan positif yang dialami, akhirnya UIA menerima lamaran pihak Bellessa Premium Collagen.

Untuk pengetahuan, Bellessa Premium Collagen merupakan kolegen 2 dalam 1 yang pertama  seumpamanya di Malaysia. Selain boleh dimakan, Bellessa Premium Collagen juga boleh dijadikan “masker” untuk penjagaan wajah. Dek kerana dwi-fungsinya, maka terlahirlah slogan "Beauty Inside & Out" yang dapat menggambarkan keberkesanan dan kebaikkan produk Bellessa Premium Collagen. Baru beberapa minggu dilancarkan, Bellessa Premium Collagen ternyata pantas mengumpul kalangan peminatnya sendiri.

Ungku Ismail Aziz (kanan) bersama Aloy Paradoks atau juga lebih dikenali sebagai
Ezwan Lutfi dan Chef Adam dalam Drama "Teman Lelaki Upahan" (TV3)

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bellessa Premium Collagen, boleh berkunjung ke laman facebook kami www.facebook.com/bellessabeautycare atau laman instagram @bellessa.beautycare.

No comments:

Post a Comment